Apa yang Terjadi Memang Harus Terjadi

Dalam hadis diceritakan, suatu ketika Aishah bersama Nabi SAW dan rombongan sahabat keluar bermusafir. Hingga satu saat Aishah tersedar kalungnya hilang. Maka rombongan musafir terpaksa berhenti atas perintah Nabi untuk mencari kalung tersebut. Hingga tiba waktu solat Asar, para sahabat kebingungan mencari air untuk wudhuk. Maka di saat itulah ramai sahabat merasa tidak puas hati dan menyalah-nyalahkan Aishah kerana disebabkan beliau mereka terkandas di situ dan sukar untuk wudhuk dan solat. Maka mereka membuat komplen ke Abu Bakar RA. Abu Bakar setelah dikomplen begitu pergi menemui Aishah. Apabila bertemu Abu Bakar memarahi anaknya hingga dalam hadis diceritakan Abu Bakar ‘memaki’ Aishah sambil menunding2 jarinya ke pinggang Aishah.

Akhirnya turunlah ayat tayamum Al-Maidah ayat 6. Setelah turunnya ayat itu sahabat-sahabat menjadi gembira dan hilanglah marah-marah dan ketidakpuashatian mereka malah sangat syukurnya mereka. Sehingga ada sahabat yang mengatakan pada Aishah; “Kalau tidak kerana kejadian kamu hilang kalung ini, kita tidak akan dapat kemurahan dari ALLAH untuk bertayamum”.

Apa yang boleh kita kutip dari hadis ini selain hukumnya tayamum ialah kita sebagai manusia tidak mampu menjangkau ketentuan qodarnya ALLAH. Suatu kejadian yang kita tidak suka , musibah atau cubaan boleh-boleh saja sebagai laluan perjalanan untuk kita mendapat sesuatu kegembiraan dari ALLAH SWT.

Maka terus-teruslah husnudzon billah dan tidak putus-putus berdoa kepada ALLAH mohon pertolongan, perlindungan, kesabaran dan kebarokahan.

Sumber: Amir H.H.A

  1. Tinggalkan komentar

Tinggalkan komentar